Kamis, 08 November 2012

ARTICLE


Rawatan SPA untuk Badan Anda

Jul 2, 2012 Author: MY 88DB | Filed under: Beauty & Wellness
Rawatan SPA

Setelah penat bekerja dan melakukan aktiviti harian sungguh tenang dan terasa nyaman sekiranya mendapat rawatan SPA yang menenangkan. Rawatan SPA merupakan tempat urutan badan dengan menggunakan herba-herba tertentu untuk kesihatan tubuh badan seseorang. Tubuh badan kita hendaklah sesekali mendapat layanan urutan yang menenangkan agar badan kita berasa segar dan aktif untuk melakukan sesuatu kerja.
Ramai golongan profesional yang rajin ke rawatan SPA kerana mereka mengetahui dengan cara kaedah rawatan ini dapat menenangkan seseorang, hilang segala keletihan dan tubuh badan seseorang itu menjadi aktif. Ubat-ubatan yang digunakan di rawatan SPA ini dapat membangkitkan rasa ketenangan seseorang itu dan herba yang digunakan sejak turun temurun lagi.
Antara manfaat mendapatkan rawatan SPA ini adalah:-
  • Menambahkan tenaga tubuh badan anda
  • Meningkatkan flexibiliti tubuh badan anda
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypertension
  • Menambahkan kekuatan semangat
  • Menyembuhkan gangguan emosi
  • Mengurangkan kesan penuaan
  • Melegakan otot yang letih
  • Meratakan dan menyuburkan kulit
  • Detoksifikasi badan anda
  • Mengurangkan masalah berat badan
  • Mengurangkan insomnia, tekanan dan keletihan
Urutan Muka

  • Urutan muka ini dapat melegakan ketegangan muka anda dan menenangkan fikiran yang penat bekerja.
Urutan Badan

  • Urutan belakang badan dapat melancarkan perjalanan darah dan meringankan pergerakan anda untuk bergerak.
Urutan Kaki
  • Untuk membuat toksik-toksik yang berada di kaki anda dan mengurangkan kelenguhan di kaki anda.

CONTACT US





M-decha Salon n' Spa
Jalan Patimura No.236
Bojonegoro


Telp : 0353-331288
Facebook : Merdeka Salon n' Spa
Twitter : @merdekasalonspa