Rawatan SPA untuk Badan Anda
Jul 2, 2012 Author: MY 88DB | Filed under: Beauty & Wellness
Setelah penat bekerja dan melakukan aktiviti harian sungguh tenang dan terasa nyaman sekiranya mendapat rawatan SPA yang menenangkan. Rawatan SPA
merupakan tempat urutan badan dengan menggunakan herba-herba tertentu
untuk kesihatan tubuh badan seseorang. Tubuh badan kita hendaklah
sesekali mendapat layanan urutan yang menenangkan agar badan kita berasa
segar dan aktif untuk melakukan sesuatu kerja.
Ramai golongan profesional yang rajin ke rawatan SPA
kerana mereka mengetahui dengan cara kaedah rawatan ini dapat
menenangkan seseorang, hilang segala keletihan dan tubuh badan seseorang
itu menjadi aktif. Ubat-ubatan yang digunakan di rawatan SPA ini dapat membangkitkan rasa ketenangan seseorang itu dan herba yang digunakan sejak turun temurun lagi.
Antara manfaat mendapatkan rawatan SPA ini adalah:-
- Menambahkan tenaga tubuh badan anda
- Meningkatkan flexibiliti tubuh badan anda
- Mengurangkan tekanan darah tinggi dan hypertension
- Menambahkan kekuatan semangat
- Menyembuhkan gangguan emosi
- Mengurangkan kesan penuaan
- Melegakan otot yang letih
- Meratakan dan menyuburkan kulit
- Detoksifikasi badan anda
- Mengurangkan masalah berat badan
- Mengurangkan insomnia, tekanan dan keletihan
- Urutan muka ini dapat melegakan ketegangan muka anda dan menenangkan fikiran yang penat bekerja.
- Urutan belakang badan dapat melancarkan perjalanan darah dan meringankan pergerakan anda untuk bergerak.
- Untuk membuat toksik-toksik yang berada di kaki anda dan mengurangkan kelenguhan di kaki anda.